IIB LANCAR INISIATIF NET ZERO CARBON CBD


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan, Dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor, Dato’ Ir. Hasni Mohammad dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim merasmikan gimik pelancaran Inisiatif ‘Net-Zero Carbon Central Business District (CBD)’ sempena Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023). | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Iskandar Investment Berhad (IIB) melancarkan inisiatif ‘Net-Zero Carbon Central Business District (CBD)’ sempena Persidangan Minggu Iklim Asia Pasifik 2023 (APCW 2023) sekali gus membuktikan komitmen mereka mengukuhkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

 

Pelancaran inisiatif tersebut juga mengekalkan kedudukan IIB sebagai peneraju bagi penubuhan pusat bandar Sifar Karbon Bersih pertama di rantau ASEAN yang berhasrat mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM9 bilion menjelang tahun 2030.

 

Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif IIB, Dato’ Idzham Mohd Hashim memaklumkan sasaran itu dijangka meningkat 13 peratus setiap lima tahun berikutan jangkaan pertumbuhan penduduk secara signifikan menjelang tahun 2050 yang seterusnya menjana sosioekonomi lebih kukuh di Medini, Iskandar.

 

IIB yakin usaha mereka akan menghasilkan kesan berganda bagi Negeri Johor dan Malaysia secara keseluruhan melibatkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), peluang pekerjaan, pelaburan asing dan mempercepatkan matlamat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dan membangun.

 

Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan, Dan Budaya Negeri Johor, K. Raven Kumar; Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han serta Pengerusi Pusat Kelestarian Johor, Dato’ Ir. Hasni Mohammad.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor