PROSES PEMINDAHAN BAKI RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM SELESAI


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Mohammad Fazli Salleh semasa sesi lawatan pemindahan tapak Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI), hari ini. | Foto MDJ Imran Razib

 

Baki tiga Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) terletak di jajaran projek landasan berkembar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sekitar Johor Bahru bakal dipindahkan dari tapak asal ke kawasan baharu terletak di Taman Ekoflora.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Mohammad Fazli Salleh memaklumkan tiga kuil tersebut berada di ‘Right of Way’ (ROW) projek dan perlu dialihkan atas sebab keselamatan awam.

 

Di lokasi baharu, tiga kuil terbabit bakal dibina secara bersebelahan di atas tanah seluas 10,000 kaki persegi bagi setiap tapak selain dilengkapi kemudahan tempat letak kereta dan laluan keluar masuk yang lebih selesa.

 

Proses bagi memindahkan baki tiga RIBI itu berjaya dilakukan dengan cerminan semangat Bangsa Johor yang mengutamakan nilai toleransi dan perpaduan tanpa mengesampingkan pembangunan demi kemajuan negeri.

 

Untuk rekod, sebanyak 1,265 setinggan selain 62 rumah ibadat terdiri enam surau, 15 tokong dan 41 kuil telah berjaya dipindahkan sejak tahun 2011 untuk memberi laluan pelaksanaan projek landasan berkembar ETS yang dijangka siap pada 2025.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor