INSTITUSI JCS SEMAKIN AMPUH DAN MATANG


YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani mengingatkan akan kepentingan mengekalkan kerelevanan peranan signifikan JCS dengan menekankan elemen kebijaksanaan dalam kepimpinan. | Foto MDJ Nurina Aisyah.

 

Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS) kini berada pada tahap yang semakin ampuh dan matang selepas 128 tahun penubuhannya, kata YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Johor Bersama Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2021-2022) di Desaru Coast Conference Centre, hari ini.

 

YB Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani turut mengingatkan akan kepentingan mengekalkan kerelevanan peranan signifikan JCS dengan menekankan elemen kebijaksanaan dalam kepimpinan agar tidak tewas kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

 

Selain itu, seramai 293 Pegawai Tadbir Negeri Johor yang hadir juga dititipkan pesanan untuk kerja berpasukan, memiliki ilmu pengetahuan mampan, adaptasi dengan perubahan; membuat keputusan menggunakan kemahiran baharu serta mempunyai strategi dalam kepimpinan.

 

Pada majlis berkenaan, seramai 64 pegawai menerima anugerah menerusi dua kategori iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Anugerah Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Negeri Johor bagi tahun 2021-2022.

 

Lebih istimewa, Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) ICT@Johor merangkap Timbalan Pengarah Media Digital Johor, Encik Anwar Zamil Malham serta Pengurus Media dan Komunikasi Digital, Media Digital Johor, Puan Aivizanoorwani Shah Shahroni antara yang menerima pengiktirafan tersebut.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor