JETCO RAIH PENGALAMAN HEBAT DALAM ITB ASIA 2023


Antara peserta yang menyertai pameran pelancongan berprestij rantau Asia-Pasifik, ITB Asia 2023 di Sands Expo & Convention Centre di Singapura.

 

Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) di Singapura menyertai pameran pelancongan berprestij rantau Asia-Pasifik, ITB Asia 2023 di Sands Expo & Convention Centre di Singapura pada 25 hingga 27 Oktober 2023 lalu.

 

Di bawah Pavilion Johor bersama Tourism Johor, JETCO yang berasa berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pameran perdagangan pelancongan terbesar itu komited menawarkan pengalaman pelancongan unik dan tidak dilupakan kepada klien.

 

Empat fokus diberikan oleh JETCO pada ITB Asia 2023 yang menghimpunkan kumpulan profesional, pembuat keputusan dan peminat industri pelancongan dari seluruh dunia iaitu Rangkaian, Pameran, Pertukaran Pengetahuan dan Pembangunan Perniagaan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif JETCO, Saifuddin Abdul Rahim menyifatkan penyertaan dalam ITB Asia 2023 merupakan peluang menakjubkan kepada mereka berhubung dengan komuniti pelancongan antarabangsa dalam acara selama tiga hari itu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor