JABATAN KECEMASAN HSAJB MULA JALANI PROSES DECANTING

Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja berkenaan, operasi Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAJB telah dipindahkan sementara ke bangunan lama Pusat Bersalin HSAJB mulai semalam. | Foto Arkib MDJ
#IskandarPuteri – Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) sedang menjalani kerja-kerja menaik taraf fasiliti bagi menyediakan persekitaran rawatan yang lebih selesa dan kondusif kepada pesakit serta warga kerja.
Bagi memberi laluan kepada kerja-kerja berkenaan, operasi Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAJB telah dipindahkan sementara ke bangunan lama Pusat Bersalin HSAJB mulai semalam.
Sepanjang tempoh tersebut, Jabatan Kecemasan dan Trauma HSAJB hanya akan menerima kes-kes kritikal bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dapat diberikan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan.
Bagi kes ringan dan tidak kritikal, orang ramai boleh mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Sultan Ismail dan KK Tampoi yang telah melanjutkan waktu perkhidmatan sehingga jam 9 malam.
Pada masa sama, Poliklinik Pakar HSA turut beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam bagi menyediakan rawatan kepada kes-kes ringan sepanjang tempoh berkenaan.
Orang ramai, khususnya di sekitar Johor Bahru, diminta mengambil perhatian terhadap perubahan operasi ini dan mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang bersesuaian mengikut tahap kes masing-masing.
Kerjasama orang ramai amat diperlukan sepanjang tempoh kerja-kerja menaik taraf fasiliti ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dapat diberikan secara teratur kepada pesakit yang memerlukan, selain membantu mengelakkan kesesakan di Jabatan Kecemasan.
Usaha menaik taraf fasiliti kesihatan ini merupakan sebahagian daripada langkah memperkukuh kemudahan kesihatan di Johor supaya rakyat dapat menikmati perkhidmatan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti.
Sehingga kini, Kerajaan Johor telah memperuntukkan sebanyak RM65 juta bagi menaik taraf fasiliti kesihatan, membiayai pelaksanaan doktor locum di hospital utama, melaksanakan pemindahan sementara perkhidmatan (decanting) termasuk di Klinik Kesihatan Unit Ibu dan Anak serta pelbagai inisiatif lain.
#JohorSafeZone
#HSAJB
#SistemKesihatanJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


