JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB, BERSAMA IMARAH MASJID DAN SURAU : MENTERI BESAR


Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi menghadiri Program Semarak Subuh Peringkat Negeri Johor di Masjid Al Mustaqim, Kampung Ulu Benut, Simpang Renggam. Foto MDJ Wira Anggara

 

Umat Islam di negeri ini, diajak untuk terus mendekatkan diri dengan masjid dan surau sekali gus bersama mengejar kejayaan di dunia serta akhirat.

 

Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut menitipkan pesanan agar tidak melupakan tanggungjawab kepada Allah SWT dalam usaha mencapai kemajuan dan kemakmuran negeri.

 

Terdahulu, Menteri Besar bersama hampir 500 jemaah menghadiri Program Semarak Subuh Peringkat Negeri Johor di Masjid Al Mustaqim, Kampung Ulu Benut, di Simpang Renggam, hari ini.

 

Program bermula dengan solat Subuh berjemaah disusuli dengan bacaan surah Al Kahfi dan kuliah disampaikan Kadi Daerah Kluang, Sabarudin Isnin.

 

Semarak Subuh merupakan inisiatif di bawah Strategi Memperkukuh Tadbir Urus Syiar Islam dalam Teras Pertama : Tadbir Urus Kerajaan, Belanjawan Johor 2024 yang dilancarkan secara serentak hari ini, melibatkan 56 kawasan Dewan Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor