31 LOKASI BAKAL GUNA ‘GLOW IN THE DARK’


Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi hadir di Jalan Simpang Renggam (J26), Kluang, malam tadi. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Johor terus komited meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terutama di laluan yang masih belum menerima kemudahan elektrik dan lampu jalan.

 

Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, sehingga kini terdapat 31 jalan negeri di seluruh Johor telah dikenal pasti sebagai laluan yang memerlukan pencahayaan dan teknologi garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark’.

 

Justeru bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi menambah penggunaan teknologi dari Perancis itu selain daripada inisiatif pemasangan lampu solar dan lampu amaran (amber light).

 

Selain itu, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga turut memperuntukkan RM5.5 juta bagi tujuan pemasangan 2,230 unit lampu jalan pada tahun ini demi keselamatan penduduk dan pengguna lalu lintas di kawasan luar bandar.

 

Terdahulu, Onn Hafiz melakukan tinjauan berkaitan keberkesanan penggunaan garisan glow in the dark di laluan sepanjang 400 meter di Jalan Simpang Renggam (J26) dekat Kluang bagi tujuan pengujian awal teknologi terbabit.

 

#BangsaJohor
#MajuJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor