JDT IV CIPTA ‘HATRIK’ KEJUARAAN PIALA BELIA

Kejayaan ini bukan hanya sekadar menambah koleksi trofi, malah ia turut membuktikan hasil pembangunan bakat muda yang terus diperkasa bagi melahirkan pemain berkualiti sebagai pelapis bola sepak Johor dan negara. | Foto FB Hairi Mad Shah
#IskandarPuteri – Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT IV) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Piala Belia 2026 selepas menewaskan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) A dengan keputusan 2-1 dalam aksi final di Stadium Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), semalam.
Kemenangan itu hadir menerusi jaringan Tengku Hasyri pada minit ke-42 sebelum Adam Muqriz menggandakan kelebihan pada minit ke-47 di masa tambahan separuh masa pertama, sekali gus memastikan JDT IV mengekalkan kejuaraan untuk tiga tahun berturut-turut.
Kejayaan ini bukan hanya sekadar menambah koleksi trofi, malah ia turut membuktikan hasil pembangunan bakat muda yang terus diperkasa bagi melahirkan pemain berkualiti sebagai pelapis bola sepak Johor dan negara.
Pencapaian ini turut memperlihatkan potensi besar anak-anak muda Johor untuk terus diketengahkan ke pentas yang lebih tinggi, selari dengan usaha membina ekosistem bola sepak yang mampu melahirkan generasi pemain berdaya saing.
Semangat juang, disiplin serta kerja berpasukan yang dipamerkan barisan pemain JDT IV sepanjang perlawanan wajar diberi penghargaan, khususnya dalam menghadapi AMD A yang memberikan saingan sengit dari sepak mula sehingga wisel penamat.
Terdahulu, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor hadir menyampaikan pingat kepada pemenang. Hadir sama YBhg. Encik Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Teknikal JDT.
#JohorSafeZone
#JDTIV
#PialaBelia
#AkademiJDT
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor


