JOHOR BAHRU JUARA KESELURUHAN TILAWAH AL-QURAN NEGERI JOHOR KALI KE-70

DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan menyampaikan trofi kepada YBhg. Tuan Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru selepas daerah tersebut dinobatkan johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Ke-70 Negeri Johor. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#BatuPahat – Daerah Johor Bahru dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2026M dengan memperoleh jumlah permarkahan sebanyak 94.50 peratus.
Bagi kategori Qari, gelaran johan dimenangi oleh Muhammad Saleem Noor Muhamad dari Johor Bahru, manakala kategori Qariah disandang oleh Nurul Nadiah Hashim dari Kluang dengan kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.
Naib johan bagi kategori Qari dimenangi oleh Mohammad Zakiuddin Hanafi dari Muar, manakala kategori Qariah pula disandang oleh Ummi Radhwa Mohd Zulkifli dari Pontian di mana kedua-duanya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi.
Bagi tempat ketiga, kategori Qari dimenangi oleh Mohamad Yusuf Kassim dari Kota Tinggi, manakala kategori Qariah disandang oleh Nur Farhan Fiffy Hanipah dari Muar dimana kedua-duanya menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00 beserta trofi.
Sementara itu, kategori Hafazan 30 Juzuk berserta Tafsir Lelaki menyaksikan peserta dari Kulai iaitu Muhammad Asyraf Amir muncul sebagai juara, sementara Auni Nasuha Md Noh dari Kluang bagi kategori wanita dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 berserta trofi.
Secara keseluruhan, pencapaian pada tahun ini menjadi penanda kecemerlangan berterusan qari dan qariah serta membuktikan mutu pendidikan dan bimbingan agama Islam di negeri ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda untuk menekuni serta mendalami ilmu Al-Quran.
Terdahulu, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-70 dan Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 1447H/2026M di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), semalam.
Turut berangkat sama, YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan suami, YB Dato’ Dennis Muhammad bin Abdullah; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor serta YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
#JohorSafeZone
#JAINJ
#SyiarIslam
#MajlisTilawahAl-QuranKe70
#GenerasiQurani
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



