JOHOR BAKAL MENJADI ‘AI BRAIN’ MALAYSIA

YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan AI Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Tahun 2025. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru- Negeri Johor bakal menjadi ‘AI brain’ Malaysia apabila sebuah pusat data berteraskan teknologi kecerdasan buatan (AI) akan dibangunkan di negeri ini dengan kerjasama antara sektor swasta dan syarikat gergasi cip AI dunia, NVIDIA.
Pelaksanaan projek mercu tanda bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja mampu memperkukuh ekosistem digital Johor, malah berpotensi membantu mempercepatkan pembangunan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang turut menawarkan insentif strategik dalam bidang AI dan rantaian perkomputeran ‘quantum’.
Usaha ini selaras dengan hasrat YAB Menteri Besar Johor untuk menjadikan negeri ini sebagai peneraju utama dalam bidang AI dan hab data negara. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri komited untuk memperkasa penerapan AI dalam kalangan penjawat awam di Johor melalui seminar GPAISA yang diadakan hari ini.
Menerusi kemampuan adaptasi kreativiti dan fleksibiliti akan menjadikan penjawat awam kekal relevan malah terus berperanan membantu sektor tersebut dalam melaksanakan pelbagai tugasan serta menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan mesra rakyat.
Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan AI Sektor Awam Peringkat Negeri Johor Tahun 2025 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.
Turut hadir ialah YB Dato’ Dr. Haji Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor; YBhg. Puan Noorainee Mahmood, Perunding ICT, Jabatan Digital Negara; YBhg. Encik Sharifulizan Sharifuddin @ Hamzah, Setiausaha Bahagian ICT@Johor dan YBhg. Puan Chan Chuey Wai, Pengurus Kanan, Digital Adoption Division MDEC.
#ICTJohor
#TransformasiDigitalJohor
#JohorSafeZone
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor