JOHOR BUKA PINTU PELABURAN ELEKTRONIK
#JohorBahru – Penganjuran Sidang Kemuncak Pembekal Elektronik Malaysia di negeri ini pada minggu lalu, mencerminkan Johor terus menjadi destinasi pilihan pelaburan utama termasuk industri elektrik dan elektronik (E&E) selain menterjemahkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekosistem sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).
Industri E&E telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pelaburan dan eksport negeri ini selepas berjaya menyumbang sebanyak 30.2 peratus bersamaan RM42.9 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Johor pada tahun 2022.
Sidang kemuncak anjuran Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO), dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Johor itu secara tidak langsung menyerlahkan usaha berterusan Kerajaan Negeri mewujudkan persekitaran kondusif bagi pelaburan dan inovasi.
Kerajaan Negeri melalui JETCO komited bertindak sebagai penghubung dan memudahcara urusan perniagaan serta pelaburan di negeri ini di samping memupuk kerjasama strategik yang menyumbang kepada kejayaan berterusan hasil inisiatif pembangunan ekonomi.
Pada sidang kemuncak berkenaan, YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi JETCO telah menandatangani Surat Niat bersama Prof. Antonio Scialletti, Profesor Strategi di Rome Business School (RBS) bagi memilih individu berprestasi tinggi untuk meningkatkan kemahiran melalui program sekolah perniagaan berkenaan pada tahun hadapan.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor