JOHOR BURU PIALA AGONG 2024


Pasukan Ragbi Johor ketika beraksi di peringkat separuh akhir kejohanan Piala Agong 2024 edisi ke-40 di Stadium UiTM, Shah Alam.

 

Pasukan Ragbi Johor kini berada di landasan tepat untuk muncul juara kejohanan Piala Agong buat kali ketiga apabila bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium UiTM, Shah Alam, Ahad ini.

 

Kejohanan yang kini memasuki edisi ke-40 itu menyaksikan Johor mengesahkan tempat di perlawanan akhir selepas anak buah Abdul Hanis Mokhtar berjaya menundukkan Selangor 24-17, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah pada kempen kejohanan kali ini.

 

Masih lagi segar dengan pencapaian cemerlang menjuarai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2024 dalam kategori Lelaki Terbuka dan bawah 21 tahun pada Julai lalu, sudah pasti Pasukan Ragbi Johor mahu meneruskan rentak cemerlang seterusnya mencipta kejayaan sensasi sebagai penutup musim 2024 dengan kejayaan yang gemilang.

 

Lebih manis, kem ragbi Johor juga berjaya mengakhiri penantian pingat emas selama 30 tahun selepas berjaya menewaskan Terengganu dengan mudah di perlawanan akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 Ogos lalu.

 

Selamat maju jaya Ragbi Johor!

 

#RagbiPialaAgung
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor