INOVASI PENTING BANTU TINGKAT PRODUKTIVITI
Inovasi melibatkan kaedah pengubahsuaian dan penambahbaikan termasuk penggunaan teknologi moden dalam sektor pertanian memainkan peranan sangat penting untuk meningkatkan produktiviti aktiviti serta pengeluaran hasil sekali gus menjayakan agenda keterjaminan bekalan makanan.
Disokong dengan kreativiti, penggunaan pelbagai mekanisasi seperti penggunaan teknologi dron dan kewujudan platform pemasaran dalam talian telah memudahkan serta memberikan manfaat besar kepada rakyat khususnya pengusaha sektor pertanian dan agro makanan.
Selari dengan perkembangan pesat sektor pertanian di negara ini, Jabatan Pertanian Negeri Johor turut diseru bertindak proaktif dengan memperkenalkan kaedah, sistem atau proses baharu selain meningkatkan sistem penyampaian yang lebih baik untuk rakyat.
Kesungguhan dan kesediaan warga jabatan untuk memahami serta menyelami cabaran dihadapi oleh rakyat dengan berfikir di luar kotak mahupun secara holistik menjadi kunci kepada keberhasilan inovasi yang dilaksanakan demi ke arah kecemerlangan sektor pertanian dan agromakanan.
Terdahulu, YB Dato’ Zahari Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024.
Turut hadir dalam sambutan bertemakan ‘Inovasi Kreatif Johor Inovatif’ adalah YBhg. Tuan Haji Yosri Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Johor (Operasi), Mohd Suffian Aizudin Mohd Salleh.
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor