JOHOR CADANG WUJUD IADA WILAYAH SELATAN


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan cadangan penubuhan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Wilayah Selatan. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri mencadangkan penubuhan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Wilayah Selatan bagi menggabungkan pengurusan sawah-sawah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip memaklumkan cadangan itu sudah disampaikan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, baru-baru ini.

 

Cadangan mewujudkan IADA Wilayah Selatan dijangka memberi manfaat dari segi mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan pengeluaran industri padi dan beras serta merupakan proses transformasi sektor agromakanan di tiga negeri berkenaan.

 

Mengambil contoh IADA Barat Laut Selangor di Sekinchan, terdapat banyak kemudahan dibantu oleh Kerajaan Persekutuan yang mendorong Kerajaan Johor untuk mencadangkan kewujudan IADA bagi Wilayah Selatan.

 

Terdahulu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengadakan mesyuarat bersama EXCO-EXCO Pertanian Negeri di Kuala Lumpur, pada 15 November lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor