JOHOR MAHU LAHIRKAN RAMAI CENDEKIAWAN ISLAM


Lawatan YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor ke Madrasah Al-Attas Al-Arabiah sempena hari pertama peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2024. | Foto Facebook Aznan Tamin

 

#IskandarPuteri – Kerajaan Johor mahu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam yang menguasai kepelbagaian bidang ilmu bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan ukhrawi dan duniawi di negeri ini.

 

Komitmen berkenaan didukung dengan inisiatif biasiswa dan insentif pendidikan kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang meraih keputusan cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 

Selain itu, Kerajaan Negeri komited memperkasa sektor pendidikan Islam termasuk peluang pekerjaan dengan tawaran gaji premium bernilai RM4,000 dalam pelbagai bidang tugas termasuk pakar psikologi dan kaunselor bagi menarik minat lebih ramai anak muda.

 

Terdahulu, YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor mengadakan lawatan ke Madrasah Al-Attas Al-Arabiah sempena hari pertama peperiksaan STAM 2024, pagi tadi.

 

Seramai 344 calon berdaftar STAM 2024 di Negeri Johor mula menduduki peperiksaan bertulis di 376 pusat peperiksaan di 13 pusat peperiksaan di enam daerah yang bermula hari ini sehingga 13 Februari depan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor