PERTEMBUNGAN ‘EL-CLASICO’ RANTAU ASIA TENGGARA

Xisco Munoz menegaskan JDT perlu kekal fokus kerana Buriram United masih memiliki pemain berkualiti serta kekuatan dan corak permainan yang sama meskipun dibimbing jurulatih baharu. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#IskandarPuteri – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan seteru utama Buriram United bagi aksi pembukaan kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2026/27 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada Selasa.
Berdasarkan rekod pertemuan di antara dua kuasa besar bola sepak di rantau ini, juara Liga 1 Thailand berada pada kedudukan lebih baik selepas JDT hanya berjaya menewaskan lawan sekali sahaja daripada tujuh pertemuan.
Xisco Munoz, pengendali JDT menegaskan bahawa Harimau Selatan perlu kekal fokus walaupun Buriram United kini di bawah kendalian jurulatih baharu kerana kelab tersebut masih dibarisi pemain bintang, mempunyai kualiti dan corak permainan yang sama.
Selain itu, Munoz turut mengambil pengajaran daripada pertembungan lepas dengan mengingatkan skuad bimbingan beliau untuk mengekalkan mentaliti menang dan mengelakkan gawang dibolosi dengan kesilapan mudah.
Munoz juga berharap agar kehadiran maksima penyokong yang membanjiri SSI dan kelebihan beraksi di laman sendiri mampu meleburkan rekod lampau demi memburu tiga mata sulung berharga.
Luaskan Kuasamu Johor!
#JohorSafeZone
#JDTvBRU
#ACLElite
#TheTMJeffect
#WeAreAMovement
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



