JOHOR REKOD RM110 BILION PELABURAN DILULUSKAN, TERTINGGI DI MALAYSIA

Daripada keseluruhan RM426.7 bilion pelaburan diluluskan di negara ini pada tahun lalu, Johor menyumbang nilai tersebut bersamaan 25.77 peratus seterusnya mengatasi negeri-negeri lain. | Foto Arkib MDJ
#IskandarPuteri – Johor mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2025 dengan nilai RM110 bilion sekali gus merupakan rekod tertinggi pernah dicapai oleh mana-mana negeri di negara ini.
Daripada keseluruhan RM426.7 bilion pelaburan diluluskan di negara ini pada tahun lalu, Johor menyumbang nilai tersebut bersamaan 25.77 peratus seterusnya mengatasi negeri-negeri lain.
Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor di kedudukan kedua dengan pelaburan diluluskan sebanyak RM83.9 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM63.3 bilion), Pulau Pinang (RM32.9 bilion) dan Kedah (RM27.8 bilion)
Prestasi ini didorong oleh kekuatan Johor dalam sektor pembuatan maju, pusat data, logistik serta tenaga hijau, di samping momentum pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang terus menarik pelaburan berkualiti tinggi dari seluruh dunia.
Selain itu, pelancaran Pelan Induk JS-SEZ yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini, dijangka memperkukuh lagi kedudukan Johor sebagai hab pelaburan strategik serantau serta meningkatkan daya tarikan negeri ini kepada pelabur global.
Secara keseluruhannya, jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2025 dijangka mewujudkan sebanyak 24,584 peluang pekerjaan baharu sekali gus memperkukuh asas ekonomi negeri dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
#JohorSafeZone
#WTN
#JohorHomeOfChampions
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor



