JOHOR SEDIA LAKSANA KHUTBAH JUMAAT MESRA OKU


 

Negeri Johor iktiraf peranan OKU, perkenal penyampaian Khutbah Jumaat mesra OKU. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Negeri Johor bakal memperkenalkan penyampaian Khutbah Jumaat mesra Orang Kurang Upaya (OKU) pekak dan bisu di masjid dan surau Jumaat, yang dijangka bermula Ramadan tahun ini.

 

YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan inisiatif berkenaan bagi membolehkan golongan terbabit memahami isi kandungan khutbah yang disampaikan.

 

Dua kaedah dipertimbangkan dalam pelaksanaanya iaitu menyiarkan rakaman jurubahasa isyarat yang direkod lebih awal atau memaparkan teks khutbah untuk pembacaan golongan OKU pekak dan bisu.

 

Turut akan disediakan ruangan khas untuk golongan terbabit berhampiran dengan layar skrin putih atau televisyen pintar dengan sasaran sekurang-kurangnya sebuah masjid di setiap daerah di peringkat awal.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor