TAMBAH DUA TADIKA AGAMA JOHOR SETIAP DAERAH


Tambahan dua Tadika Agama Johor (TAJ) di setiap daerah bagi menjayakan 50,000 rakyat Johor termasuk murid berjaya khatam al-Quran dalam tempoh lima tahun. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Johor berhasrat menambah pembukaan dua Tadika Agama Johor (TAJ) di setiap daerah bagi membolehkan masyarakat menghantar anak masing-masing ke pra-sekolah bercirikan Islam.

 

YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor memaklumkan hasrat itu berikutan terdapat ramai ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka kerana kekurangan tempat.

 

Antara faktor yang menarik minat ibu bapa menghantar anak ke TAJ kerana silibus kurikulumnya diikuti warga pendidik bertauliah dan terlatih serta yuran yang sangat rendah.

 

Dengan penambahan dua TAJ di setiap daerah juga akan merealisasikan sasaran Kerajaan Negeri untuk melihat 50,000 rakyat Johor termasuk murid tadika berkenaan berjaya khatam al-Quran dalam tempoh lima tahun.

 

Setakat ini, TAJ yang diwujudkan sejak tahun 2001 di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sudah mempunyai sebanyak 195 buah di negeri ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor