JOHOR SEDIA MUNCUL KUASA BESAR BAHARU EKONOMI MALAYSIA


Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika mengadakan pertemuan bersama Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, 9 Januari lalu. | Foto: HRH Crown Prince of Johor

 

 

Oleh – Imran Razib
Pegawai Penerangan Media Digital Johor

 

 

1. Johor berjaya merekodkan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada 2024, rekod tertinggi dalam sejarah melepasi sasaran unjuran RM1.9 bilion ditetapkan.

 

2. Pencapaian ini jelas membuktikan Johor bukan sekadar ‘gergasi ekonomi selatan negara’ malah bersedia muncul sebagai kuasa besar baharu ekonomi Malaysia.

 

3. Kesediaan yang ditunjukkan didukung oleh strategi agresif, dasar mesra pelabur dan kesungguhan Kerajaan Negeri merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan.

 

4. Lonjakan hasil disertai kemasukan pelabur ke Johor mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Negeri menjadikan negeri ini enjin pertumbuhan ekonomi negara.

 

5. Lebihan hasil diraih kembali dipulangkan demi kesejahteraan Bangsa Johor dalam bentuk prasarana dan infrastruktur, pendidikan, kesihatan serta kebajikan.

 

6. Komitmen memutihkan data miskin tegar berjaya dilaksanakan yang menterjemahkan iltizam tinggi memastikan pembangunan direncanakan adalah seimbang.

 

7. Dengan unjuran hasil antara RM2.3 hingga RM2.5 bilion pada tahun ini, menterjemahkan sebuah keyakinan keupayaan dan potensi ekonomi negeri yang berdaya tahan.

 

8. Johor berada di landasan tepat menjadi negeri maju menjelang tahun 2030 apabila disokong Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencecah RM148.2 bilion pada tahun 2023.

 

9. Lawatan kerja ke Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi isyarat jelas bahawa Johor serius menjadi penyumbang utama ekonomi negara.

 

10. Hasil daripada lawatan penting delegasi Kerajaan Negeri ini berjaya menarik minat pelabur termasuk syarikat penerbangan Qatar Airways.

 

11. Sekiranya pelaburan ini direalisasikan, sektor logistik bakal menerima suntikan ekonomi signifikan sekali gus memperkukuh kedudukan negeri sebagai hab logistik serantau.

 

12. Ditambah dengan peruntukan RM2 bilion daripada Kementerian Ekonomi bagi menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang menjadi bukti sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan negeri.

 

13. Naik taraf ini bukan hanya meningkatkan kapasiti lapangan terbang, tetapi turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan di Johor.

 

14. Secara tidak langsung, manfaat ini akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia, menjadikan negara ini lebih kompetitif di rantau Asia Tenggara.

 

15. Rakyat Johor juga mendapat peluang pekerjaan lebih baik dan akses kepada pelbagai inisiatif sosial yang dirancang menggunakan lebihan hasil negeri.

 

16. Peningkatan pelaburan akan memberi impak langsung kepada sektor perniagaan tempatan melalui rantaian bekalan dan peluang perkongsian teknologi.

 

17. Dengan potensi besar dalam sektor logistik, perindustrian, pelancongan, serta Program Transformasi Ekonomi Johor (JETP) yang sedang dirangka, negeri ini berada di ambang transformasi luar biasa.

 

18. Pencapaian positif diraih menunjukkan Bangsa Johor memiliki masa depan cerah untuk menikmati kesejahteraan sosial dari aspek ekonomi, sosial, kesihatan dan pendidikan.

 

19. Impian untuk menjadi kuasa besar baharu ekonomi Malaysia bukanlah mustahil berdasarkan kepimpinan proaktif YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan keseluruhan jentera Kerajaan Negeri.

 

20. Bukan sekadar pintu masuk utama di selatan tanah air, Johor sudah bersedia menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia di peringkat global.

 

21. Dengan kewujudan JS-SEZ, FCSFZ, JTDC, IMFC-J, RTS Link Johor Bahru-Singapura, elemen pembangunan ini akan melonjak kedudukan ekonomi Johor tidak lama lagi.

 

22. Menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kerana merintis jalan baharu meningkatkan ekonomi negeri di persada global.

 

Tunggu dan lihat.

 

#LetThemWatchTheNews

#WTN
#JohorMestiJadiJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor