JOHOR SERIUS ANJUR TAHUN MELAWAT JOHOR 2026


YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir merasmikan perasmian penutup Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor, di Hotel Four Points by Sheraton, Desaru. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Meskipun masih berbaki kurang dua tahun lagi menjelang Tahun Melawat Johor 2026, namun gerak kerja awal bagi menghadapi program terbesar negeri itu telah dimulakan menerusi Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor yang melibatkan 90 peserta yang terdiri daripada pemain dan pemegang taruh industri tersebut.

 

Tpr. Dr. Norhazliza Abdul Halim, Ketua Tourism Planning Research Group, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menyifatkan langkah tersebut sebagai cerminan kepada kesungguhan Kerajaan Johor dalam membantu pemain industri pelancongan untuk bersiap sedia menyambut sasaran kehadiran kira-kira 12 juta pelancong pada Tahun Melawat Johor 2026 kelak.

 

Malah, tempoh masa yang dimiliki berbaki dua tahun ini juga perlu digunakan sepenuhnya bagi mengumpul idea bernas terutama menerusi penubuhan ‘taskforce’ yang turut melibatkan pemain industri serta institusi pendidikan supaya semua pihak tidak ‘syok sendiri’ hingga akhirnya ia boleh menyebabkan kegagalan Tahun Melawat Johor 2026.

 

Pada bengkel itu, Norhazliza juga turut menyarankan supaya kesemua 10 cadangan produk pelancongan utama di Johor juga perlu mendapatkan persijilan Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) menjelang 2026 sekali gus mendapat pengiktirafan sebagai pusat pelancongan yang mampu memberi perkhidmatan pelancongan pada piawaian terbaik.

 

Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hadir merasmikan perasmian penutup Bengkel Pemerkasaan Pelancongan Negeri Johor, di Hotel Four Points by Sheraton, Desaru.

 

Hadir sama, YB Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor dan YBrs. Sharil Nizam Abdul Rahim, Pengarah Tourism Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor