JOHOR UNGGULI INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diiringi YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Ferrotec Power Semiconductor Malaysia, hari ini. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#PasirGudang – Johor terus menjadi destinasi pilihan pelabur dalam industri berteknologi tinggi apabila syarikat semikonduktor dan elektrik terkemuka, Ferrotec Holdings Corporation membuka fasiliti pembuatan baharunya yang serba canggih di Pasir Gudang.
Kemudahan pembuatan baharu Ferrotec Power Semiconductor Malaysia Sdn. Bhd seluas 60,000 kaki persegi melibatkan nilai pelaburan sebanyak USD150 juta atau kira-kira RM661.20 juta ini bukan sahaja meletakkan Johor sebagai peneraju dalam industri berteknologi tinggi tetapi juga memberi manfaat besar kepada rakyat menerusi penyediaan 460 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan tangga gaji yang premium.
Pelaburan dibuat oleh syarikat berpangkalan dari Jepun ini mampu menjadi katalis dalam mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pendahulu global industri pembuatan dan pemasangan melibatkan peralatan berkaitan semikonduktor, peranti elektronik dan perniagaan lain di peringkat antarabangsa.
Selain itu, Kerajaan Johor juga turut menzahirkan kesediaan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Ferrotec dengan komitmen untuk terus memudahcara pelaburan serta menyediakan persekitaran yang kondusif bagi tujuan pengembangan operasi dan perluasan perniagaan syarikat di negeri ini.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor diiringi YB Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Ferrotec Power Semiconductor Malaysia, hari ini.
Hadir sama ialah YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal Shamsudin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang; YBhg. Tuan Haji Natazha Harris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor dan YBrs. Tuan Mohamad Reduan Mohd Zabri, Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Malaysian Investment Development Authority – MIDA) Negeri Johor.
#WTN
#FerrotecMalaysia
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor