KERAJAAN JOHOR KESAL GANGGUAN BEKALAN AIR MASIH BERLAKU


Gambar hiasan.

 

Kerajaan Negeri menzahirkan kekesalan terhadap gangguan bekalan air yang masih berlaku dan menjejaskan persiapan Bangsa Johor menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

 

Aduan diterima daripada rakyat itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) dalam menangani gangguan bekalan air saban tahun.

 

Justeru, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor menggesa operator tunggal perkhidmatan air Johor itu untuk segera menangani setiap aduan berkaitan yang dihadapi rakyat.

 

Malah Kerajaan Negeri juga mahu Ranhill SAJ mengambil tindakan proaktif dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap maksimum demi kesejahteraan Bangsa Johor.

 

Terdahulu, Ranhill SAJ sudah diminta melakukan persediaan dan tindakan sewajarnya bagi memastikan isu berkenaan tidak berlaku malah telah memberikan komitmen untuk memastikan tiada gangguan dan catuan sepanjang perayaan kali ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor