STADIUM MINI BAHARU BAKAL DIBINA DALAM MASA TERDEKAT


Reka bentuk Stadium Mini di Iskandar Puteri. | Foto Ihsan FB JOHOR Southern Tigers.

 

 

ISKANDAR PUTERI — Sebuah stadium mini di Iskandar Puteri sedang dalam perancangan bagi menggantikan Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah.

 

Memetik siaran dimuat naik dalam Facebook JOHOR Southern Tigers, reka bentuk stadium mini baharu itu sudah diluluskan dan kerja pembinaan dijangka bermula dalam masa terdekat.

 

“Stadium Mini Iskandar Puteri yang akan dibina di Medini, Iskandar Puteri ini mengandungi padang bola sepak, tempat duduk berbumbung, pejabat-pejabat, kedai-kedai komersial, bilik persalinan, surau dan kawasan terbuka untuk aktiviti bukan bola sepak,” jelas JOHOR Southern Tigers, pada Khamis.

 

Selain itu, dimaklumkan Stadium Mini Iskandar Puteri itu juga akan digunakan untuk perlawanan-perlawanan melibatkan Akademi JDT.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor