KERAJAAN JOHOR PROAKTIF ATASI ISU BANJIR KILAT


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan pihaknya terus komited dalam menyelesaikan isu lokasi banjir kilat. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 10 lokasi terjejas banjir kilat di sekitar bandar raya Johor Bahru akan diselesaikan pada tahun hadapan.

 

Antara langkah diambil bagi menyelesaikan isu tersebut adalah melalui kerja menambah baik sistem perparitan, menambah pam air dan membina ban baharu terutamanya di kawasan rendah.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh memaklumkan sebanyak 44 lokasi banjir kilat telah dikenal pasti.

 

Selain itu, sebuah pasukan khas terdiri pelbagai jabatan dan agensi sudah ditubuhkan susulan kejadian banjir kilat berlaku pada awal bulan ini.

 

Pasukan tersebut dianggotai Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Johor.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor