DANIA SOFEA BERGAYA PERTAHAN KEJUARAAN


Pemain perseorangan wanita muda negara, Dania Sofea Zaidi, 16, menepati ramalan apabila muncul juara kategori perempuan Bawah 17 Tahun, Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Johor 2023. | Foto MDJ, Nurina Aisyah

 

Pemain perseorangan wanita muda negara, Dania Sofea Zaidi, 16, menepati ramalan apabila muncul juara kategori perempuan Bawah 17 Tahun, Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Johor 2023.

 

Beliau berjaya menewaskan pencabarnya, Lai Eeyun 21-10, 21-13 dalam tempoh 20 minit pada perlawanan akhir sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenanginya awal tahun ini.

 

Dania memaklumkan konsistensi latihan selain meletakkan disiplin yang tinggi dan memberi tumpuan kepada arahan jurulatih menjadi pegangannya sejak mula menceburi sukan itu pada usia tujuh tahun.

 

Dalam perkembangan sama, Dania turut mempertahankan kejuaraan dalam aksi beregu bersama Tania Nair menumpaskan pasangan, Seong Ler Yee dan Wong Yue Qin 21-5, 21-15.

 

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA), Roslan Abdul Ghani menyifatkan kejohanan edisi kali ini menerima sambutan menggalakkan apabila berjaya menarik lebih 700 penyertaan berbanding edisi terdahulu berlangsung awal tahun ini.

 

Pihak persatuan juga sudah mula mencongak perancangan bagi persediaan penganjuran dua kejohanan remaja peringkat kebangsaan selain mengharapkan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 100 dapat dianjurkan di Johor Bahru pada tahun hadapan.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor