YAYASAN JCORP JAYAKAN AKTIVITI REHABILITASI TERUMBU KARANG DI PULAU AUR


Salah seorang warga kerja Yayasan JCorp di dasar laut Pulau Aur bagi merehabilitasi spesies terumbu karang.

 

Yayasan Johor Corporation (JCorp) menganjurkan program rehabilitasi terumbu karang melibatkan 40 warga kerjanya di Pulau Aur, Mersing pada 13 hingga 15 Oktober yang lalu.

 

Program mewujudkan Coral Nursery yang turut disertai kakitangan JCorp dan Syarikat Kumpulan itu menekankan penjagaan dan pembiakan spesies terumbu karang tertentu menggunakan kaedah beretika bagi memastikan kelestarian terhadap alam sekitar.

 

Selain itu, program turut memberi kesedaran dan pendidikan kepada komuniti setempat tentang kepentingan pemuliharaan terumbu karang dan sumber marin.

 

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan melibatkan komuniti setempat seperti pembersihan kawasan pantai; memasak secara rewang dan sumbangan kepada 38 keluarga di pulau tersebut.

 

Syarikat Kumpulan JCorp yang terlibat adalah Kulim Malaysia Berhad; KPJ Healthcare Berhad; QSR Brands (M) Holdings Bhd; JLand Group – JLG Sdn Bhd; Damansara Holdings Berhad dan juga Yayasan JCorp.

 

Terdahulu, Yayasan JCorp telah melaksanakan beberapa program berkaitan kelestarian alam sekitar antaranya penanaman pokok bakau di Tanjung Piai, Pontian dan pembersihan sungai di Kampung Sungai Melayu dan Kampung Pendas.

 

Yayasan JCorp terus komited mengadakan pelbagai aktiviti dan inisiatif berkaitan empat bidang fokus utamanya iaitu Pendidikan; Seni, Budaya dan Warisan; Alam Sekitar dan Kesejahteraan Komuniti.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor