MAINJ, SIRIM TINGKAT KUALITI HIDUP USAHAWAN ASNAF JOHOR


YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor (tengah) beramah mesra dengan usahawan tajaan MAINJ dan SIRIM. | Foto MDJ Dania Farisya

 

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama SIRIM Berhad menyampaikan sumbangan berjumlah RM12,000 kepada 12 usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam kalangan golongan asnaf dan B40 di negeri ini, sebagai suntikan galakan bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.

 

Menerusi inisiatif murni tersebut, kesemua usahawan yang dibantu kini berjaya meningkatkan produktiviti mereka dalam pembangunan jenama, pelabelan, kandungan nutrisi dan bahan promosi sekali gus mentransformasikan kualiti hidup ke arah lebih baik.

 

Kerajaan Negeri sentiasa komited membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup golongan asnaf dan B40 keluar daripada kepompong kemiskinan dengan memberikan penekanan terhadap agenda keusahawanan yang lebih progresif, inovatif dan holistik.

 

Terdahulu, YB Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan MAINJ Program Tanggungjawab Sosial Korporat SIRIM Berhad di Senai, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor