KERAJAAN PERSEKUTUAN LULUS PERUNTUKAN RM65.2 JUTA UNTUK HAL EHWAL ISLAM JOHOR


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan Mufti Negeri Johor, Sahibus Samahah Dato’ Yahya Ahmad semasa penyerahan peruntukan, semalam. | Foto ihsan Facebook Onn Hafiz Ghazi

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM65.2 juta peruntukan berkaitan hal ehwal agama Islam Negeri Johor diluluskan Kerajaan Persekutuan.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas kelulusan peruntukan itu.

 

“Kesemua peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ini, adalah untuk elaun para imam, bilal, noja, guru takmir, guru KAFA, serta guru al-Quran seluruh Johor.

 

“Semoga kerjasama erat antara JAKIM dan JAINJ ini akan terus mengukuhkan syiar serta memartabatkan kesucian Islam,” kata beliau di Facebook rasminya.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor menerima kunjungan Dr. Mohd Na’im bersama delegasi Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAKIM di Kota Iskandar, di sini semalam.

 

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid; Mufti Negeri Johor, Sahibus Samahah Dato’ Yahya Ahmad; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jamaludin A. Hamid serta Timbalan Pengarah Pendidikan Agama Negeri Johor, Mohd Radhi Roslan.

 

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Mohd Taufik Shamsudin; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Ruslan Said; Timbalan Pengarah, Mewakili Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM, Bukhari Md Akhir; Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Hanifuddin Roslan serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM, Kamarul Saman Yaacub.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor