KONTINJEN JOHOR BAHRU UNGGULI FSAJ 2025

Festival Sukan Agensi dan Jabatan (FSAJ) Negeri Johor Tahun 2025. | Foto MDJ Aisyah Mazalan
#Muar – Pencapaian lima pingat emas, empat pingat perak dan tiga pingat gangsa menjadikan Kontinjen Daerah Johor Bahru muncul Juara keseluruhan Festival Sukan Agensi dan Jabatan (FSAJ) Negeri Johor Tahun 2025.
Kejuaraan tersebut menyaksikan kontinjen ‘This is JB style’ yang diketuai oleh YBhg. Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru merampas piala pusingan serta membawa pulang wang tunai sejumlah RM7,000 disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Majlis penutupan rasmi FSAJ 2025 berlangsung secara gilang gemilang dengan perarakan masuk kontinjen mengikut daerah dan diiringi persembahan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Seterusnya, upacara penurunan bendera kejohanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor untuk diserahkan kepada daerah Mersing selaku tuan rumah bagi FASJ Tahun 2026.
Persembahan tarian singa Kun Seng Keng Muar memimpin majlis dengan upacara pemadaman api obor kejohanan sebagai simbolik penutup dan kemeriahan pertunjukan bunga api ‘Muar Perkasa’ menghiasi langit menjadi penutup indah untuk kejohanan FASJ 2025.
Turut hadir, YB Dato’ Haji On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan); YBhg. Puan Norliyati Md. Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat) serta YBhg. Tuan Haji Zainal Eran, Pegawai Daerah Muar.
#FSAJ2025
#Muar
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor