KORIDOR TENAGA DIPERBAHARUI DI JOHOR


YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC). | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Agenda inisiatif hijau atau ‘Johor Green Deal’ menjadi sebahagian daripada kerangka penting terhadap pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City (FCSFZ).

 

Perancangan holistik tersebut disifatkan YB Dato’ Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC) sebagai strategi serampang dua mata dalam usaha memastikan Johor mencapai sasaran pelepasan karbon neutral menjelang tahun 2050.

 

Antara penekanan diberikan dalam teras JS-SEZ ialah penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai potensi besar untuk diterokai menerusi perancangan menubuhkan Koridor Tenaga Diperbaharui Johor Selatan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di zon khas berkenaan.

 

Malah, komitmen Kerajaan Johor memberi tumpuan kepada industri hijau dan tenaga boleh diperbaharui menerusi penubuhan JSC secara tidak langsung berupaya memacu pertumbuhan ekonomi seterusnya membuka ruang kepada potensi pembangunan setempat.

 

Dengan adanya organisasi berperanan pemudah cara terhadap kolaborasi strategik bersama negara maju lain, JSC akan meletakkan Johor sebaris dengan negara membangun yang menerapkan kelestarian serta teknologi hijau sebagai strategi menarik pelaburan bernilai tinggi.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor