KURSUS JVF TINGKAT KESIAPSIAGAAN PENGURUSAN BENCANA

YB Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor selaku wakil rasmi YB Setiausaha Kerajaan Johor menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus JVF Siri 1 Modul 2 : Modul Latihan Asas Pengurusan Bencana di Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

 

#Kluang – Seramai 28 peserta yang terdiri daripada Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) menamatkan dengan jayanya Kursus Johor Volunteer Forces (JVF) Siri 1 Modul 2 : Modul Latihan Asas Pengurusan Bencana bagi memperkasa pengetahuan dan kemahiran pengurusan kecemasan serta bencana di negeri ini.

 

Berlangsung selama lima hari bermula 9 hingga 13 Jun 2025, kursus anjuran Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor dibawah Kluster Johor Volunteer Forces dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian ( Sukan, Belia dan Sukarelawan) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu meningkatkan kesiapsiagaan peserta sebagai barisan hadapan dalam membantu Kerajaan Negeri menguruskan bencana secara lebih sistematik.

 

Selain itu, kursus tersebut mencerminkan penubuhan JVF sebagai inisiatif penting dalam melahirkan pegawai tadbir negeri yang prihatin dan bersedia turun padang ketika diperlukan serta memperkukuhkan jentera bantuan kecemasan dan pengurusan krisis di peringkatkan akar umbi.

 

Kursus JVF Siri 1 melibatkan tiga modul dirangka oleh Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor itu terdiri Modul 1 (Kursus Pemantapan Jati diri dan Fizikal) bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), Modul 2 (Latihan Asas Pengurusan Bencana) dengan APM dan Modul 3 (Program Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohammed Ridha Abd Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor selaku wakil rasmi YB Setiausaha Kerajaan Johor menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kursus JVF Siri 1 Modul 2 : Modul Latihan Asas Pengurusan Bencana di Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Kluang, semalam.

 

Turut hadir, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YB Dato’ Dr. Badrul Hisham Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor; YBhg. Puan Azurawati Wahid, Pegawai Daerah Kluang serta YS Lt. Kol. (PA) Amirsarifudin Zalman, Komandan PULAPAS.

 

#JVF
#AkademiPerkhidmatanTadbirNegeriJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor