KUTIPAN ZAKAT DI JOHOR MENINGKAT

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Serta Iffar Jamaie MAINJ, semalam. | Foto MDJ Wira Anggara
#BatuPahat – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menerima kutipan zakat sebanyak RM39.2 juta daripada 15 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat, syarikat perniagaan, pemaju hartanah dan Bank Perdagangan, semalam.
Impak peningkatan kutipan zakat di Negeri Johor tampak jelas berdasarkan kutipan sepanjang tiga tahun lalu. Pada tahun 2022, sebanyak RM366.8 juta kutipan zakat, RM388.1 juta pada tahun 2023 dan sebanyak RM412.3 juta pada tahun 2024, hasil daripada sokongan Kerabat DiRaja Johor yang sentiasa tampil menunaikan tanggungjawab berzakat.
Untuk tahun 2025, MAINJ menganggarkan agihan perbelanjaan zakat sebanyak RM433.7 juta kepada lapan kategori asnaf. Selain itu, demi memastikan pengagihan pada tahun ini dibelanjakan secara berkesan, MAINJ telah memperkasakan 11 inisiatif yang melibatkan inisiatif Sara Hidup, inisiatif Hari Raya dan sebagainya.
Terdahulu, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat mencemar duli menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat dan Kurniaan Bantuan Serta Iffar Jamaie MAINJ di Masjid Jamek Sultan Ismail, Batu Pahat.
Turut hadir, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, Ketua-Ketua Jabatan serta masyarakat setempat.
#KutipanZakat
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor