LAWATAN KERJA KE DAERAH JADI GELOMBANG BAHARU TADBIR URUS JOHOR

Lawatan kerja empat hari Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman yang merentasi lebih 676 kilometer berakhir hari ini, memperkukuh tadbir urus negeri berlandaskan semangat kebersamaan. | Foto MDJ Wira Anggara
#Kulai – Lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Ke Daerah-Daerah berakhir hari ini, menterjemah iltizam YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor memperkukuh tadbir urus berlandaskan semangat kebersamaan antara Pegawai Tadbir Negeri Johor serta jabatan dan agensi di negeri ini.
Jelajah selama empat hari yang bermula pada 21 September lalu merentasi lebih 676 kilometer perjalanan bukan sahaja mencatat sejarah malah disifatkan sebagai kembara hati dan minda pegawai tadbir negeri untuk menyelami denyut nadi rakyat, menjalin ukhuwah serta memahami aspirasi masyarakat setempat.
Sepanjang lawatan, setiap daerah menampilkan segmen berbeza yang menggambarkan Johor memiliki ekosistem dinamik dan progresif di samping menterjemah mentaliti 3T 1M iaitu iaitu ‘Turun Padang’, ‘Teamwork’, ‘Te Syie Te Pan’ serta ‘Micromanage’ bagi menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.
Selain memberikan mandat kepada Pegawai-Pegawai Daerah untuk memimpin pentadbiran daerah kerana lebih memahami keperluan setempat, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor juga memaklumkan bahawa setiap isu yang dibangkitkan akan diberikan perhatian khusus untuk ditangani di peringkat tertinggi.
Lawatan kerja ke seluruh daerah yang turut disertai oleh isterinya, YDH Datin Hajah Halimah Mohamed Rasip selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor dilihat menjadi titik tolak kepada gelombang baharu tadbir urus negeri yang lebih berfokus demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.
Terdahulu, YB Dato’ Haji Asman Shah Abd. Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor menyempurnakan perasmian Majlis Penutup Lawatan Kerja Ke Daerah-Daerah di Hutan Bandar Putra, Kulai. Hadir sama, YBhg. Encik Fizwan Dato’ Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai serta barisan Pegawai Tadbir Negeri Johor di daerah Kulai.
#JohorSafeZone
#LawatanKerjaSUKJ
#TadbirUrusKerajaan
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor