LEBIH RM1.6 BILION TINGKAT KAPASITI BEKALAN AIR JOHOR

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengetuai delegasi Kerajaan Negeri melakukan kunjungan ke atas YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Putrajaya. | Foto Onn Hafiz Ghazi
#IskandarPuteri – Kerajaan Negeri terus memperkukuh kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek bekalan air terjamin dan tebatan banjir di negeri ini, dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat serta kesejahteraan Bangsa Johor.
Beberapa inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan kelestarian bekalan air di Johor termasuk pengezonan semula serta pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dengan anggaran kos lebih RM1.6 bilion.
Pengezonan semula dan pembinaan TAPS di Sungai Johor, Sungai Pontian Besar dan Sungai Sedili Besar itu bakal meningkatkan kapasiti bekalan air untuk kegunaan rakyat serta sektor industri yang semakin berkembang melalui Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ).
Selain itu, keperluan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) antaranya projek tebatan banjir di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Johor Bahru dan Kota Tinggi untuk memastikan sistem pengurusan banjir lebih berkesan serta mengurangkan risiko bencana turut berada dalam perancangan.
Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam memastikan pembangunan Johor yang mampan dan berdaya tahan serta berharap usaha dirancang berjalan lancar dan membawa perubahan positif bukan sahaja dari segi infrastruktur, tetapi juga pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat.
Terdahulu, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor mengetuai delegasi Kerajaan Negeri melakukan kunjungan ke atas YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Putrajaya.
#BekalanAirJohor
#ProjekTebatanBanjir
#RMK13
#JSSEZ
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor