MASJID JAMEK NURUSSA’ADAH FELDA TAIB ANDAK KINI SIAP UNTUK DIIMARAHKAN


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau berasa gembira apabila dimaklumkan pembinaan dewan terbuka sudah siap sepenuhnya manakala beberapa fasiliti lain sedang dalam proses pembinaan.

 

ISKANDAR PUTERI — Masjid Jamek Nurussa’adah Felda Taib Andak, Kulai yang telah menerima peruntukkan RM300,000 daripada Kerajaan Negeri tahun lalu, kini siap sepenuhnya.

 

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau berasa gembira apabila dimaklumkan pembinaan dewan terbuka sudah siap sepenuhnya manakala beberapa fasiliti lain sedang dalam proses pembinaan.

 

“Selain itu, saya dimaklumkan tandas awam masjid sedang dalam pembinaan, serta beberapa infrastruktur lain akan turut dinaik taraf,” katanya di laman sosial Facebook rasminya, semalam selepas singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat.

 

Onn Hafiz percaya dengan kerjasama yang erat antara pihak kariah masjid dengan penduduk akan membolehkan pembinaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

 

“Semua ini saya yakin berkat usahasama antara pihak kariah masjid serta penduduk Felda Taib Andak. Semoga penaiktarafan ini mampu mengimarahkan lagi pelbagai aktiviti sekitar masjid, serta menjadi contoh kepada masjid lain seluruh Johor kelak,” katanya.

 

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor