MBJB TANGANI ISU ANJING LIAR SECARA MAMPAN
#JohorBahru – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) komited tangani isu anjing liar secara mampan menerusi pelaksanaan Program Kembiri Anjing Liar di kawasan pentadbirannya pada 7 dan 8 Januari ini.
Bagi tujuan tersebut, MBJB menerima kerjasama daripada pihak swasta dan badan bukan kerajaan melibatkan tajaan serta sumbangan bernilai RM142,000 berupa keperluan ubatan, vaksin makanan anjing.
Antaranya, 1,500 kilogram makanan anjing daripada Royal Canin Malaysia diikuti 1,000 ubat kutu bagi anjing liar yang dikembirikan (Elanco) selain 250 dos Recombitek C6 dan 100 dos Rabisin (RhoneMa Malaysia) dan 300 vaksin rabies (VetPartners Malaysia dan MSD Animal Healthcare).
MBJB turut menzahirkan penghargaan atas tajaan dan sumbangan malah berharap kerjasama tersebut akan dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu melaksanakan program dengan efisien dan menyeluruh.
Selain itu, sokongan dan penglibaran agensi-agensi kerajaan, pihak swasta atau NGO turut dialu-alukan untuk tampil bersama MBJB dalam menangani isu anjing liar secara mampan.
Dalam usaha jangka panjang, MBJB memperuntukkan RM5.6 juta untuk membina pusat tahanan haiwan liar dijangka siap pada September 2025 bagi mewujudkan persekitaran bandar raya yang lebih selesa dan selamat.
Terdahulu, YB Dato’ Mohd Noorazam Osman, Datuk Bandar MBJB menerima tajaan dan sumbangan bagi Program Kembiri Anjing Liar MBJB selepas Mesyuarat Penuh MBJB Bil.12/2024 di Menara MBJB.
#BangsaJohor
#MediaDigtalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor