METMALAYSIA TAMATKAN AMARAN HUJAN BERTERUSAN


METMalaysia mengeluarkan notis penamatan amaran hujan berterusan.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini menamatkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di Negeri Johor.

 

Berdasarkan analisis corak model cuaca terkini, mendapati keadaan cuaca akan bertambah baik serta tiada potensi hujan berterusan berlaku berbanding ramalan cuaca sebelum ini.

 

Semalam, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan media sosial rasmi METMalaysia, serta aplikasi myCuaca.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor