MUHAMMAD BARIQ TUAI EMAS GIMNASTIK ARTISTIK


Muhammad Bariq mengatasi Wilson Wei Sin Yeoh, wakil Pulau Pinang yang meraih Perak manakala gangsa dimenangi Nor Adam Hazziq Nor Azaha dari Kelantan. | Foto Ihsan SUK Negeri Pulau Penang.

 

 

Atlet gimnastik artistik Johor, Muhammad Bariq Adif Mat Daud menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas bagi acara Individu Keseluruhan Lelaki di Serian Conference Centre.

 

Memperoleh markah keseluruhan 73.375 mata, Muhammad Bariq mengatasi Wilson Wei Sin Yeoh, wakil Pulau Pinang yang meraih Perak manakala gangsa dimenangi Nor Adam Hazziq Nor Azaha dari Kelantan.

 

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) berusia 17 tahun itu menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kedua ibu bapanya atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan selama ini.

 

Malah penghargaan turut diberikan kepada barisan kejurulatihan, rakan sepasukan, Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kontinjen Johor dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi kali ini.

 

Muhammad Bariq juga tidak melupakan galakan diberikan oleh ‘Cikgu Syed’, guru pendidikan jasmani Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman (Satu) yang mendorongnya aktif dalam gimnastik ketika usia 7 tahun.

 

Selain meraih emas, beliau turut merangkul pingat perak dalam acara Berpasukan bersama Adam Shan Razali, Muhammad Danny Jasni, Noel Micah Lim Huan Ann, Ven Yi Woon dan Wei Chong Lee.

 

#RiseUpJohor
#SukmaSarawak2024
#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor