MYKERANG PULAI SEBATANG SIAP SEDIA SAMBUT TAHUN MELAWAT JOHOR 2026

Tarikan ekopelancongan unik berasaskan aktiviti mencari kerang di Pulai Sebatang, Pontian. | Foto Majlis Perbandaran Pontian (MPPn)
#Pontian – MyKerang Pulai Sebatang kini bukanlah nama asing dalam peta sektor pelancongan di negeri ini, menawarkan pengalaman ekopelancongan menarik dan unik berasaskan aktiviti mencari dan mengutip kerang yang pasti tidak dapat dilupakan oleh pengunjung.
Merupakan produk pelancongan pertama seumpamanya di negara ini diperkenalkan pada tahun 2022, MyKerang Pulai Sebatang juga menonjolkan keindahan paya bakau dan kepelbagaian biologi terdapat di Sungai Pulai Sebatang yang turut dikenali dengan gelaran ‘Mini Kinabatangan’ kerana berkelok-kelok.
Bagi Khalid Zahrom selaku Pengasas MyKerang Pulai Sebatang, antara aktiviti lain ditawarkan adalah ‘River Cruise’ menyusuri sungai dan kayak ke perairan Selat Melaka sebagai tarikan yang membantu menjana pendapatan nelayan dan pengusaha makanan laut tempatan.
Usaha membangunkan produk pelancongan itu turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri menerusi peruntukan bagi membina jeti baharu, kemudahan tandas dan surau serta pembangunan Jeti Siput yang mampu menampung lebih 50 orang dalam satu masa untuk tujuan pendidikan alam sekitar.
Menjelang Tahun Melawat Johor 2026, MyKerang Pulai Sebatang yang bakal menjadi antara tarikan pelancongan terdapat di negeri ini komited melakukan persiapan dan bersedia untuk menerima kehadiran seterusnya memberikan momen indah serta istimewa kepada pelawat.
Komitmen itu dijayakan dengan kerjasama Tourism Johor, Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor bagi memastikan MyKerang Pulai Sebatang dikenali sebagai destinasi ekopelancongan unggul.
#VisitJohor2026
#MajesticJohor
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor