OPS PASCA BANJIR SELURUH JOHOR LANCAR


Sehingga kini, sebanyak 639 tan metrik sisa pasca banjir di Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang berjaya dibersihkan oleh lebih 1,000 petugas daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), SWCorp, SWM Environment, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sukarelawan. | Foto ihsan Dato’ Mohd Jafni Md Shukor

 

#IskandarPuteri – Operasi pasca banjir di seluruh Negeri Johor bermula sejak 21 Mac lalu, kini mencapai 80 peratus kemajuan dengan kesemua lokasi yang terjejas dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

 

Sehingga kini, sebanyak 639 tan metrik sisa pasca banjir di Pontian, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang berjaya dibersihkan oleh lebih 1,000 petugas daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), SWCorp, SWM Environment, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sukarelawan.

 

Sebanyak 52 unit kenderaan berat digunakan bagi membantu kelancaran operasi termasuk jentera pengangkut, lori kompaktor, jentera pembersihan dan kenderaan utiliti bagi mempercepatkan proses pembersihan.

 

Selain itu, beberapa Pusat Transit Sisa Pasca Banjir telah diwujudkan di lokasi strategik seperti di Jalan Taruka sebelum sisa dihantar ke tapak pelupusan utama bagi melancarkan pengurusan pembuangan sekali gus mengurangkan kesesakan di kawasan terjejas banjir.

 

Kerajaan Negeri juga akan menggerakkan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mengkaji semula pembangunan di sekitar pesisiran Sungai Tebrau dan Sungai Skudai sebagai langkah mitigasi banjir secara lebih efektif.

 

Terdahulu, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor mempengerusikan mesyuarat Ops Pasca Banjir di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.

 

#OpsPascaBanjir
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor