ORANG ‘GOMEN’ PUN HANDAL BERSUKAN


Kontinjen Daerah Kulai melakar sejarah apabila muncul Johan keseluruhan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala pusingan. | Foto MDJ Nurina Aisyah

 

Kontinjen Daerah Kulai melakar sejarah apabila muncul Johan keseluruhan Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2024 mengatasi Johor Bahru serta Kota Tinggi masing-masing di kedudukan Naib Johan dan ketiga.

 

Kejayaan tersebut menyaksikan kontinjen diketuai YBhg. Fizwan Mohd Rashidi, Pegawai Daerah Kulai itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta piala pusingan disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

 

Sepanjang berlangsungnya festival sukan berkenaan, kesemua atlet terdiri dalam kalangan penjawat awam negeri dari seluruh daerah yang mengambil bahagian setiap acara dipertandingkan telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi.

 

Maka, tidak keterlaluan apabila percikan bunga api ketika majlis penutup yang menerangi langit perkarangan Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar menjadi simbolik ‘tanda penghormatan’ atas perjuangan semua kontinjen dalam festival itu.

 

Festival Sukan Agensi dan Jabatan Negeri Johor Tahun 2024 menyaksikan lima jenis sukan dipertandingkan iaitu badminton, dart, catur, karom dan e-sport yang berlangsung di tiga venue sekitar daerah Johor Bahru.

 

Turut hadir, YB Dato’ Haji On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) serta YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Abd. Kadir, Pegawai Kewangan Negeri Johor.

 

#SukanMDJ
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor