ORANG MUDA BP LUAR BIASA!


ribuan Orang Muda Johor (OMJ) tidak berganjak dari kedudukan masing-masing walaupun hujan lebat di Dataran Penggaram, Batu Pahat. | Foto MDJ Bayu Wira

 

Hujan lebat tidak melunturkan semangat ribuan Orang Muda Johor (OMJ) demi menjayakan Jelajah Aspirasi OMJ @ Batu Pahat di Dataran Penggaram, hari ini.

 

Orang ramai dilihat tidak mengendahkan hujan apabila langsung tidak berganjak dari kedudukan masing-masing untuk bersama-sama memanfaatkan pengisian pada program jelajah yang memasuki siri kesembilan pada tahun ini.

 

Selain itu, laungan ‘Maju Johor’ yang menggegarkan Dataran Penggaram juga mencerminkan sokongan padu generasi muda negeri ini terhadap agenda yang ingin direalisasikan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat.

 

Inisiatif dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor menganjurkan program jelajah seumpama ini turut menterjemah komitmen Kerajaan Negeri memastikan generasi muda tidak terlepas dari menikmati arus pembangunan dan kemajuan menjelang tahun 2030.

 

Terdahulu, Majlis Perasmian Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Batu Pahat telah disempurnakan oleh YB Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor.

 

Hadir sama, YBhg Zainor Adani, Pegawai Daerah Batu Pahat, YB Dato’ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia, Sukarelawan) dan YBhg Ezahar Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

 

#MajuJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor