PH HORMATI MANDAT RAKYAT SEDIA TERUSKAN PERANAN SEMAK DAN IMBANG

Pakatan Harapan (PH) menerima dan menghormati keputusan rakyat pada PRU Dewan Negeri Johor Ke-16 yang memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN), selain menyifatkannya sebagai cerminan kematangan demokrasi serta menghargai peranan semua pihak yang menjayakan proses pilihan raya. | Foto MDJ Nurina Aisyah
#JohorBahru – Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan serta menghormati sepenuhnya mandat yang diberikan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16.
Gabungan berkenaan memenangi lapan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, iaitu Bentayan, Simpang Jeram, Penggaram, Mengkibol, Puteri Wangsa, Stulang, Skudai dan Senai.
PH menyifatkan keputusan tersebut sebagai cerminan kematangan demokrasi, selain merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti, petugas pilihan raya dan rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Gabungan ini turut menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Johor serta melaksanakan peranan semak dan imbang di Dewan Negeri Johor.
Awal pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan sekali gus menerima mandat besar untuk membentuk semula Kerajaan Negeri Johor.
Pada pilihan raya kali ini, seramai 1.87 juta pengundi atau 68.73 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing-masing, merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos.
#JohorSafeZone
#PRNJohor
#PilihanRayaNegeriJohor
#PRUDNJohorKe16
#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas


