PERSEDIAAN AWAL DIAMBIL ELAK GANGGUAN BEKALAN AIR KETIKA AIDILFITRI


YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor mengadakan lawatan ke Loji Air Empangan Sembrong dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor Fasa 1, Pakej 2 di Kota Tinggi. | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri menerusi Ranhill SAJ Sdn. Bhd. (Ranhill SAJ) sudah mengambil langkah persediaan awal bagi memastikan bekalan air bersih ketika musim perayaan Aidilfitri terutama di kawasan dijangka terjejas adalah terkawal.

 

Antaranya, melakukan proses pengolahan air dari kawasan permintaan rendah seperti perindustrian dan bandar ke kawasan permintaan tinggi seperti kampung, menambah kapasiti bekalan menggunakan teknik ‘in-line and on-line water injection’ selain meletakkan tangki statik di lokasi strategik.

 

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan menggunakan air secara berhemat supaya penduduk di kawasan dikenal pasti bakal berhadapan gangguan juga akan menerima bekalan yang mencukupi ketika Aidilfitri.

 

Menerusi pemantauan Ranhill SAJ hingga hari ini, sebanyak 16 empangan masih berada dalam keadaan baik meskipun mengalami penurunan signifikan atas beberapa faktor termasuk penggunaan air yang tinggi ketika cuaca panas, namun belum pada paras kritikal.

 

Terdahulu, YB Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor mengadakan lawatan ke Loji Air Empangan Sembrong dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor Fasa 1, Pakej 2 di Kota Tinggi, hari ini.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor