DARI SEGAMAT KE PARIS 2024
Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas berjaya menduduki tempat kelapan secara keseluruhan di IWF World Cup yang berlangsung di Phuket, Thailand.
Mohamad Aniq yang berasal dari Segamat, Johor itu sekali lagi berjaya mencipta sensasi negara apabila layak ke temasya sukan terunggul dunia itu selepas berjaya mengangkat beban keseluruhan 290 kilogram (KG), 125KG dalam acara ‘snatch’ dan 165KG bagi acara ‘Clean & Jerk’.
Bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris, Aniq Kasdan telah menyertai dua kejohanan wajib iaitu Kejohanan Dunia IWF dan Piala Dunia IWF serta tiga kejohanan pilihan, sekali gus layak secara merit ke Sukan Olimpik.
Sukan angkat berat di Olimpik Paris 2024 akan berlangsung di South Paris Arena, Perancis bermula 7 hingga 11 Ogos 2024.
Badang Johor yang kini berusia 22 tahun sebelum ini pernah menjadi satu-satunya atlet angkat berat Malaysia yang berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Angkat Berat Dunia di Tashkent, Uzbekistan pada 2021.
Malah beliau juga berjaya menggondol pingat emas dalam acara ‘Men’s 55 KG’ di Sukan Komanwel di Birmingham, England pada 2022 sekali gus menjadi penyumbang pertama pingat berharga itu kepada Kontinjen Malaysia.
Tahniah Aniq Kasdan!
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor