PM YAKIN PTP BERI IMPAK BESAR EKONOMI NEGERI JOHOR


 

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberi taklimat mengenai pengoperasian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). – Foto MDJ / Nurina Aisyah

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim percaya Kumpulan MMC termasuk Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) mampu untuk terus kekal berdaya saing dan seterusnya memberi impak besar kepada ekonomi Malaysia, khususnya bagi Negeri Johor.

Pelaburan yang sedang diusahakan oleh Kumpulan MMC setakat ini sudah dipersetujui oleh Perdana Menteri kerana ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai 30 ekonomi terbesar dunia kelak.

Beliau turut memuji prestasi cemerlang PTP dalam menguruskan operasi pelabuhan. Kejayaan PTP itu telah meletakkan kedudukannya sebagai pelabuhan ke 15 paling sibuk dan berada di tempat keenam sebagai pelabuhan paling cekap di dunia mengikut laporan Global Container Port Performance Index (CPPI) oleh Bank Dunia pada tahun lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan hadir ke Majlis Beramah Mesra bersama warga kerja PTP dan Kumpulan MMC di Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tan Sri Dato Dr. Haji Azmi Rohani; Pengerusi PTP merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh; Menteri Kabinet Persekutuan; Exco Kerajaan Negeri Johor dan Pegawai Kerajaan Negeri Johor.

 

#BangsaJohor #MediaDigitalJohor #SahihTepatPantas #MajuJohor