PROGRAM PETIK TERAP KEMAHIRAN INSANIAH MURID SEKOLAH


Sebahagian daripada murid sekolah yang menyertai program Pemimpin Perintis Kejayaan (PETIK) / Foto Ihsan UTHM

 

BATU PAHAT — Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PPTA) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengorak langkah proaktif dengan membangunkan modul program Pemimpin Perintis Kejayaan (PETIK).

Program berteraskan model kemahiran insaniah itu adalah sebahagian daripada khidmat sosial korporat PTTA Bersama komuniti setempat, selain bertujuan memupuk kemahiran interpersonal dalam kalangan peserta.

Ketua Pustakawan, Zaharah Abd Samad, berkata PTTA kini mempunyai kumpulan fasilator dan sukarelawan yang akan melaksanakan pelbagai aktiviti terutama di sekolah sekitar institusi pengajian tinggi itu.

“Program PETIK ini diadakan ini dilaksanakan buat pertama kalinya pada 16 Jun lalu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam dengan penyertaan 177 murid.

“Bagi siri kedua pula ia dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan UTHM di SK Parit Bingan di sini dengan membabitkan penyertaan 66 murid tahap dua.

“Mereka terdiri daripada kepimpinan kecil sekolah iaitu Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Sekolah,” katanya.

Zaharah yang juga Ketua Fokus UTHM Prihatin berkata, menerusi program itu pihaknya berharap dapat memupuk ciri kepimpinan dalam diri pelajar terutama dalam aspek kemahiran bersosial, berkomunikasi dan bekerja sebagai satu pasukan.

Katanya, selain itu peserta juga diterapkan dengan nilai kepimpinan, bertanggungjawab, kemahiran kognitif untuk berfikir secara kritis dan mampu menyelesaikan masalah.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan lagi program PETIK pada masa hadapan berikutan sambutan dan permintaan yang menggalakan daripada sekolah sekitar daerah ini.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor