RKJ DITERUSKAN DENGAN TAMBAHAN PESERTA TAHUN DEPAN


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan penambahan peserta di setiap daerah untuk Program Rumah Kasih Johor (RKJ). | Foto MDJ Wira Anggara

 

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) akan meneruskan program Rumah Kasih Johor (RKJ) dengan tambahan peserta di setiap daerah pada tahun hadapan.

 

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor memaklumkan pertambahan peserta itu seperti diumumkan Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi iaitu seramai 1,200 keluarga miskin.

 

Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan nama daripada peserta yang layak oleh wakil-wakil rakyat kepada Pejabat Daerah untuk dipertimbangkan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Johor, meskipun saringan peserta di bawah penyelarasan Pejabat daerah.

 

Kerajaan Negeri sudah memperuntukkan lebih 50 unit rumah dengan nilai kos RM6.5 juta dan sebanyak RM17 juta diperuntukkan untuk membina 120 unit rumah pada tahun hadapan.

 

RKJ merupakan program bina rumah kepada golongan dalam senarai e-Kasih atau golongan miskin dan miskin tegar yang mempunyai pemilikan tanah, di mana kos pembangunan ditanggung keseluruhannya oleh Kerajaan Negeri.

 

Mohd Jafni berkata demikian ketika menjawab soalan Muszaide Makmor (Ahli Dewan Negeri Sedili) pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2024) Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15, pada 28 November lalu.

 

#BangsaJohor
#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor