RM1.84 JUTA PERUNTUKAN INSENTIF PERTANIAN DISALURKAN DI MUAR TAHUN INI


 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menyampaikan insentif serta bantuan kepada usahawan tani dan pesawah | Sumber Facebook Dato’ Zahari Sarip

 

ISKANDAR PUTERI — Sebanyak RM1.84 juta peruntukan projek pembangunan disampaikan kepada pengusaha pertanian di daerah Muar, pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip berkata, jumlah peruntukan itu melibatkan 437 penerima insentif menerusi 12 projek pembangunan.

“RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) Johor turut menyampaikan bantuan insentif kepada lima pengusahanya dan dua Pergerakan Wanita RISDA berjumlah RM23,000 keseluruhannya,” katanya sempena Majlis Penyampaian Insentif Jabatan Pertanian Negeri Johor di Muar, semalam.

Pada majlis tersebut, Zahari berkesempatan menyantuni pesawah dan masyarakat setempat, selain menyampaikan insentif serta bantuan kepada 23 wakil usahawan tani dan pesawah.

Selain itu beliau turut berharap insentif yang disampaikan memberi manfaat kepada semua penerima sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi dan pengeluaran tanaman makanan di Muar secara berterusan.

#MediaDigitalJohor
#SahihTepatPantas
#MajuJohor